Sambungkan AirPods anda

Pakai AirPods anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting , kemudian ketik Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.

  • Mac: Klik menu Apple , pilih Seting Sistem, kemudian klik Bar Menu dalam bar sisi. Di bawah Kawalan Bar Menu, pilih Bluetooth . Klik menu status Bluetooth dalam bar menu, kemudian pilih AirPods yang anda mahu sambungkan.

  • Apple TV: Pada kawalan jauh anda, tekan dan tahan butang TV untuk membuka Pusat Kawalan, pilih butang Kawalan Audio, kemudian pilih AirPods yang anda mahu gunakan.

  • Apple Watch: Pergi ke app Seting , kemudian ketik Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.