Prinsip Pengurusan Komunikasi
Prinsip Pengurusan Komunikasi
BBPP1103
PRINSIP PENGURUSAN
1.0: Pengenalan 1
1.6: Ringkasan 9 – 11
1.7: Rujukan 12
BBPP1103
1.0 Pengenalan
Tujuan tugasan ini adalah untuk menganalisis setiap aspek komunikasi dari segi
perbezaan serta halangan dan juga kaedah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi
dalam organisasi yang akan dibincangkan. Saya telah memulakan kerjaya saya dixxx
Industries Sdn Berhad pada 5 June 2015. Sudah 16 tahun saya berkhidmat dalam organisasi
ini. Ingin saya mengelupas sedikit sebanyak isu yang berkaitan dengan komunikasi yang
berlaku di dalam organisasi ini. Pada 3 Mac 1988 syarikat Marivale Sdn Bhd telah ditukar
nama kepada xxx Industries Sdn Bhd. Sudah 33 tahun organisasi ini memacak nama dalam
sektor perbuatan. Ibu pejabat dan kilang syarikat ini beroperasi di Seksyen 33, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan manakala cawangannya terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Sejak penubuhan xxx pada tahun lewat 1980-an, kami telah mengembangkan dan
menginovasikan penawaran produk kami untuk memberikan penyelesaian untuk pelbagai
aplikasi dan industri termasuk sektor keselamatan, telekomunikasi dan Minyak & Gas. xxx
adalah sebuah organisasi yang berkecimpung dalam bidang pembuatan Tiang Lampu Keluli.
Pertumbuhan pesat infrastruktur negara dan pembangunan bandar, xxx berjaya melayani
permintaan yang semakin meningkat untuk tiang keluli berkualiti tinggi. Sebagai salah satu
1
BBPP1103
pengeluar terkemuka di rantau ini, xxx telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat
dengan kualiti melalui rangkaian produk tiang keluli unggul yang komprehensif untuk
pelbagai tujuan. Maka dengan itu terhasil pelbagai produk seperti tiang lampu jalan, tiang
lalu lintas, tiang lalulintas, tiang CCTV, tiang iklan, tiang stadium, tiang solar, tiang
telekomunikasi dan banyak lagi serta mempunyai ketinggian dari 3 meter sehingga ke 50
meter .
Pertambahan penggunaan CCTV baik di sektor awam dan swasta kerana keperluan
untuk pemantauan yang lebih baik dan isu keselamatan telah menciptakan permintaan untuk
tiang yang dirancang khusus bagi mengoptimumkan prestasi CCTV. Kami bekerjasama
dengan penyepadu sistem CCTV untuk memastikan pemasangan yang lengkap dan dirancang
dengan baik dengan mempertimbangkan semua aspek seperti prestasi CCTV,
penyelenggaraan dan juga keperluan estetik. Selain itu dalam industri telekomunikasi pula,
penyediaan perkhidmatan rangkaian secara rutin meningkatkan rangkaian telekomunikasi
selama satu dekad terakhir untuk memenuhi permintaan untuk liputan yang lebih baik dan
kecepatan yang lebih cepat. Xxx memiliki pengalaman luas melalui kolaborasi dengan
syarikat telekomunikasi di Malaysia dan juga luar negara, yang memberi penyelesaian untuk
memenuhi perkembangan jaringan internet. Selain itu, perkembangan pesat infrastruktur
dalam sektor minyak dan gas juga menyumbang kepada permintaan terhadap tiang lampu
keluli zzz juga telah merancang dan membekalkan tiang yang bersesuaian dengan keperluan
industri ini. Kami selama satu dekad terakhir ini telah membekalkan tiang ke syarikat
pengeluar minyak & gas utama di Wilayah Asia Tenggara dan Timur Tengah.
2
BBPP1103
Richardson Projects Pvt Ltd Sri Lanka, Uniteckorea Co., Ltd Korea, Changi-Light Pte Ltd
Singapura dan banyak lagi.
Komunikasi formal mungkin berbeza dari segi isi dan bentuk, tetapi semua
komunikasi formal mempunyai ciri-ciri rasional, tersusun, dan berorientasikan tujuan.
Komunikasi formal adalah asas kepada kemunculan komunikasi organisasi sebagai disiplin
dan kritikal terhadap komunikasi sebagai perspektif perlembagaan organisasi. (Gómez & L.
Dailey, 2017). Dalam menuju kejayaan, xxx juga tidak terkecuali dari pelbagai keberkesanan
dan juga kerumitan dalam sistem komunikasi. Komunikasi formal dan tidak formal juga
berlaku dalam organisasi saya. Komunikasi formal adalah mesej atau maklumat yang
dihantar melalui tanggungjawab kerja yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi seperti
komunikasi menegak iaitu aliran mesej ke bawah menyampaikan mesej kepada subordinat
atau pelanggan manakala aliran mesej ke atas pula pekerja menyampaikan cadangan atau
pendapat kepada pihak pengurusan atasan. Seterusnya, komunikasi mendatar yang lebih
berlaku di kalangan rakan kerja atau pengurus-pengurus sahaja. Manakala komunikasi
menyilang pula adalah aliran mesej antara dua pihak dari jabatan yang berlainan dalam satu
organisasi.
Komunikasi tidak formal adalah bentuk komunikasi santai dan tidak rasmi di mana
maklumat tersebut ditukar secara spontan antara dua atau lebih orang tanpa mematuhi
peraturan, proses, sistem, formaliti dan rantai perintah rasmi yang ditetapkan. Komunikasi
tidak formal adalah berdasarkan hubungan peribadi dan tidak rasmi seperti rakan sekerja,
rakan sebaya, keluarga dan sebagainya (Kapur, 2020). Komunikasi tidak formal ini juga
dikenali sebagai buah mulut atau ‘grapevine’. Komunikasi tidak formal boleh
menghubungkan kakitangan organisasi dalam apa jua hala komunikasi sama ada secara
menegak, melintang atau menyilang. Walaupun komunkasi ini hanya sebagai khabar angin
namun ia sangat berguna kepada sesebuah organisasi. Menerusi komunikasi tidak formal ini
sesebuah organisasi akan dengan cepat menerima maklum balas tanpa melibatkan kos yang
tinggi.
Terdapat pelbagai perbandingan dalam komunikasi formal dan tidak formal yang
berlaku di xxx. Contoh-contoh komunikasi formal di xxx adalah seperti surat sebut harga
3
BBPP1103
untuk pelanggan, notis pengambilan pekerja baru, surat yang berkaitan dalam dengan pihak
kerajaan, notis kenaikkan gaji dan bonus tahunan, notis pemberitahuan matlamat syarikat dan
banyak lagi. Secara keseluruhan, dalam hal ini segala notis dan surat yang dikeluarkan oleh
pihak syarikat xxx boleh dipercayai akan tetapi jika sebarang khabar angin contohnya
mengenai bonus tahunan atau kenaikkan gaji pekerja yang disebarkan secara meluas
walaupun maklumat yang disebarkan kurang dipercayai di kalangan warga kerja xxx.
Selain itu, dalam isu-isu yang berkaitan dalam komunikasi formal ini seperti
pengubalan dalam matlamat organisasi akan dirahsiakan dahulu kerana xxx perlu melalui
pelbagai prosuder yang berkaitan dalam pengubalan ini. Proses ini akan melibatkan masa
yang banyak utuk meneliti serta hanya melibatkan pihak atasan syarikat kami. Namun dalam
komunikasi tidak formal ini khabar angin mengenai sebarang maklumat yang tidak
sepenuhnya akan disebarkan atau dikongsi oleh para pekerja pada masa yang sangat singkat
walaupun tiada sebarang pengesahan dari pihak syarikat kami. Dalam hal ini, dapat saya
nyatakan komunikasi formal di organisasi saya mengambil tempoh masa yang lama jika
dibandingkan dengan komunikasi tidak formal ini yang merebak secara laju dan pantas.
Dari segi aliran maklumat pula, dalam xxx segala maklumat, surat, mesej atau notis
hanya melalui saluran yang telah ditetapkan seperti daripada pihak pengurusan dan jabatan-
jabatan atau pekerja-pekerja yang terlibat sahaja. Contohnya seperti surat tatatertib kepada
pekerja, pihak pengurusan xxx berserta jabatan dan pekerja yang terlibat sahaja yang akan
terlibat dalam komunikasi ini. Manakala bagi komunikasi tidak formal di xxx, mesej atau
perbincangan santai boleh dibincangkan dengan bebas di kalangan pekerja tanpa mengira
pangkat atau pengalaman kerja.
Selain itu, kelebihan komunikasi formal di xxx sangat berkesan kerana tepat pada
masanya,sistematik boleh dipercyai dan bukannya sesuatu yang tidak boleh dinafikan oleh
pekerjanya contohnya seperti isu kenaikan gaji. Ini kerana pihak pengurusan xxx bersama
pengurus jabatan lain yang akan membuat analisis terhadap isu ini. Namun buah mulut dari
pekerja juga dianggap berkesan kerana pekerja boleh membincangkan masalah yang
berkaitan dengan proses pekerjaan dan menjimatkan masa serta kos organisasi. Di xxx,
sesetengah masalah berkaitan tatatertib pekerja diselesaikan secara tidak formal dan tidak
melibatkan pihak atasan. Hal seperti ini akan diselesaikan dengan cepat dan pantas tanpa
melalui pelbagai prosuder atau langkah.
4
BBPP1103
Selain itu, ada segelintir aliran maklumat atau mesej di kalangan pekerja dikongsi
secara bukan lisan iaitu melalui aplikasi “Whatsapp” di mana sebarang khabar angin atau
mesej akan dikongsi bersama kumpulan mereka. Semua maklumat yang dikongsi tidak akan
melibatkan pihak pengurusan atasan. Jika isu ini berlanjutan, pekerja tidak akan menghantar
dan membalas mesej dari ketua jabatan. Walaupun maklumat yang disebarkan dalam aplikasi
itu tidak benar namun pekerja di hierarki bawahan mudah mempercayainya.
Komunikasi bukan lisan yang lain berlaku di xxx adalah dari isu emosi dan ekspresi.
Dalam isu ini, ketika sedang berkomunikasi seseorang individu akan menunjukkan emosi dan
sikapnya dari segi intonasi atau mimik wajah. Ekspresi emosi dan sikap ini dapat
menjelaskan pernyataan diri seseorang dimana ada senario pekerja mengambil cuti tanpa
sebab dan tidak akan menjawab panggilan daripada syarikat. Ada juga pelanggang yang
termasuk dalam komunikasi tidak formal ini, jika tidak berpuashati dengan pekhidmatan
kami mereka akan batalkan pesanan tanpa notis dan membeli tiang lampu dari syarikat lain.
5
BBPP1103
Komunikasi bukan lisan lebih berkesan dan berkuasa dibandingkan komunikasi lisan.
Ini kerana seperti perbualan santai sesama pekerja merupakan komunikasi sesuatu perkara
yang tidak boleh dilarang. Dengan perbualan seperti ini banyak maklumat akan dikongsi dan
kesimpulan akan dibuat oleh kelompok ini. Terbukti juga perbualan santai sebegini dapat
meningkatkan prestasi pekerjaan sesama individu di xxx dan kesilapan akan diperbaiki
sebelum mencapai pihak pengurusan atasan. Isu sebegini akan berlaku di setiap tangga
hierarki pengurusan di xxx.
6
BBPP1103
Selain itu, halangan dari segi pengkhususan. Biasanya seseorang individu pakar dalam
sesuatu bidang akan menghadapi masalah komunikasi daripada pakar dari bidang yang lain
kerana mereka tidak memerlukan antara satu sama lain. Senario juga ini juga berlaku di xxx.
Contohnya kakitangan dari Jabatan Pengeluaran sukar berkomunikasi dengan kakitangan
Jabatan Pemasaran dan Penjualan kerana perbezaan pendapat. Hal ini sering berlaku di xxx
kerana Jabatan Pemasaran dan Penjualan lebih teruja mendapatkan pesanan dari pelanggan
untuk mencapai sasaran jualan syarikat. Kadang kala mereka akan bersetuju apa yang
diharapkan atau permintaan dari pihak pelanggan tanpa berbincang dengan Jabatan
Pengeluaran adakah ia boleh dilaksanakna. Ini kerana perancangan perlu dalam proses
pembuatan tiang lampu di organisasi saya. Pernah juga berlaku pertengkaran mulut antara
kakitangan dari 2 jabatan ini sehingga mendapat amaran dari Pengurus syarikat.
Akhir sekali, halangan dari segi aspek maklum balas. Maklum balas daripada pekerja
dalam sesebuah organisasi tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pengurusan.
Namun xxxe menghadapi halangan dalam hal diatas. Dalam beberapa hal seperti isu
kenaikkan gaji dan pemberian bonus di organisasi adalah lebih peribadi dan sulit. Hanya
beberapa orang yang berkedudukkan tinggi dalam hierarki pengurusan sahaja akan menerima
maklumat mengenai hal tersebut. Di xxx pernah berlaku suatu keadaan dimana pekerja-
pekerja berbincang mengenai peratusan bonus yang mereka dapat. Ini menyebabkan salah
seorang pekerja tidak puas hati dengan peratusan yang diberikan dan telah menyebabkan
7
BBPP1103
pekerja itu rasa tidak dihargai oleh syarikat kami. Akhirnya pekerja itu telah memberi notis
berhenti kerja dalam tempoh 24 jam. Individu itu merupakan pekerja yang sudah berkhidmat
lebih 10 tahun di xxx. Kami hampir-hampir kehilangan pekerja yang mempunyai kemahiran
yang sangat terperinci dalam proses pembuatan Tiang Telekomunikasi.
8
BBPP1103
megenali pekerjanya serta akan lebih bersedia untuk menghadapai sebarang masalah dan
menangani dengan segara.
Selain itu, kaedah yang lain yang dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi di
Galavapole ialah dengan mengadakan kursus atau latihan yang berkaitan dengan isu
keberkesanan komunikasi bagi setiap pekerja dalam heirarki pengurusan, maksudnya dari
peringkat pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan Dengan cara ini, setiap pekerja akan
memahami kepentingan komunikasi dalam organisasi. Menjadi kebiasaan pihak pengurusan
xxx dengan hanya menghantar pihak pengurusan atasan dan pertengahan untuk sebarang
kursus atau latihan. Selain itu, ini dapat memberikan idea-idea baru yang bernas dalam
pengendalian pekerja dan juga menuju ke arah organisasi yang cemerlang dalam komunikasi
serta menyumbangkan kepada kejayaan yang boleh dikongsi bersama warga xxx.
Akhir sekali, dengan cara memberi penghargaan. Ia boleh menjadi rangsangan yang
amat berguna untuk meningkatkan prestasi individu, prestasi kumpulan dan prestasi
organisasi. Penghargaan boleh dijadikan sebagai motivasi terhadap seseorang pekerja.
Cadangan saya, xxx patut tawarkan ganjaran bukan berbentuk wang tetapi seperti pujian,
penghargaan dan peluang untuk mencapai dan mengembangkan prestasi adalah lebih lama
kesannya berbanding dengan ganjaran berbentuk kewangan. Dengan cara ini juga, pekerja
akan lebih yakin dalam komunikasi dengan pihak atasan kerana akan berani berkongsi idea
dan memberi pandangan terhadap sesuatu maklumat atau mesej dari pihak pengurusan.
Secara tidak langsung maklum balas dari pekerja akan diterima dengan baik dan terbuka oleh
pihak pengurusan serta memberi ruang untuk memperbaiki kesilapan dalam isu komunikasi
dalam organisasi.
1.6 Ringkasan
9
BBPP1103
dalam konteks ini, komunikasi merujuk kepada aliran mesej dari satu individu ke individu
lain.dan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain dan sebaliknya.
Dalam kajian ini, saya dapat menyatakan bahawa organisasi yang dipilih iaitu xxx
mempunyai pelbagai isu dalam aspek komunikasi dalam organisasinya. Walaupun 3
komunikasi sistem formal iaitu komunikasi menegak mendatar dan menyilang dianggap
penting oleh setiap pengurusan syarikat, perbandingan komunikasi formal dan tidak formal
telah dianalisis di xxx. Pelbagai isu dalam aspek komunikasi ini berlaku. Organisasi ini juga
perlu menitikberatkan isu yang timbul dalam komunikasi tidak formal. Organisasi yang
mempunyai rangkaian hierarki dan sebilangan pekerja dari pelbagai bangsa, etnik dan negara
harus diambil kira cadangan dan komen setiap individu. Jika komunikasi ini tidak berjaya ia
akan menyebabkan pertikaian dan pertembungan di kalangan pekerja dalam pentadbiran
sesebuah organisasi.
1.7 Rujukan
11
BBPP1103
Dicapai dari : https://www.researchgate.net/:
https://www.researchgate.net/publication/337649561_What_is_Communication?
Ibrahim, N. N., Haizan Mahbob, M., & Ahmad, A. (2018). KEPENTINGAN KOMUNIKASI
NON VERBAL DALAM ORGANISASI.
Didapai dari : https://ejournal.ukm.my/:
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/29285/8739
12