Kawal rumah anda pada HomePod
Jika anda mempunyai aksesori rumah pintar seperti lampu, termostat dan pelindung tingkap, HomePod berperanan seperti hab rumah, membolehkan anda mengawal aksesori tersebut dengan suara anda apabila anda di rumah atau dengan app Rumah pada iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch apabila anda tidak berada di rumah. Dengan HomePod, anda boleh memberikan isyarat kepada aksesori anda secara automatik, mengikut waktu, lokasi anda atau tindakan aksesori lain, seperti sensor. Sediakan aksesori ini dalam app Rumah pada iPhone atau iPad anda dan aksesori akan berfungsi secara automatik dengan Siri pada HomePod.
Permintaan dan automasi yang berfungsi dengan HomePod bergantung pada aksesori rumah pintar yang anda telah sediakan menggunakan app Rumah. Untuk mendapatkan butiran, lihat bahagian app Rumah dalam Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aksesori rumah pintar, lihat Halaman web app Rumah atau ketik Temui di bahagian bawah app Rumah.
Kawal Apple TV menggunakan Siri pada HomePod
Anda boleh menggunakan Siri pada HomePod untuk mengaktifkan Apple TV anda, mula memainkan rancangan kegemaran dan mengawal main balik semasa anda sedang menonton.
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Tonton ‘Ted Lasso’ pada Apple TV Bilik Tamu”.
“Jedakan Apple TV Bilik Tamu” atau “Putar balik Apple TV Bilik Tamu 30 saat.”
“Aktifkan sari kata bahasa Inggeris pada TV Bilik Tamu”.
“Matikan Apple TV Bilik Tamu”.
Jika paparan disambung anda menyokong HDMI CEC, Apple TV juga akan mengaktifkan atau menyahaktifkan paparan disambung tersebut.
Nota: Jika Apple TV dan HomePod kedua-duanya dikonfigurasi ke bilik yang sama dalam app Rumah, anda tidak perlu tentukan Apple TV yang perlu dikawal oleh HomePod.
Kawal aksesori menggunakan HomePod
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Hidupkan lampu anjung”.
“Matikan lampu di sini” atau “Matikan lampu di bilik tidur”.
“Setkan suasana selamat malam”.
“Hidupkan lampu pada masa matahari terbenam setiap hari”.
“Adakah lampu anjung dihidupkan?”
“Adakah pintu depan dikunci?”
Untuk membenarkan orang lain mengawal HomePod menggunakan app Rumah pada peranti mereka, jemput mereka untuk berkongsi rumah anda, yang anda boleh lakukan dalam app Rumah pada iPhone atau iPad anda. Untuk mendapatkan butiran, lihat Jemput orang lain mengawal aksesori di dalam rumah anda dalam Panduan Pengguna iPhone atau iPad.
Semak suhu dan kelembapan bilik
HomePod mini dan HomePod (generasi ke-2) mempunyai sensor suhu dan kelembapan, jadi anda boleh bertanya tentang suhu dan kelembapan di dalam bilik yang peranti ini terletak.
Tanya Siri sesuatu seperti “Apakah suhu di sini?” atau “Apakah kelembapan di tingkat bawah tanah?”
Nota: Pengesanan suhu dan kelembapan dioptimumkan untuk keadaan domestik dalam bangunan, apabila suhu ambien sekitar 15º C hingga 30º C dan kelembapan relatif sekitar 30% hingga 70%. Ketepatan mungkin menurun dalam beberapa situasi yang mana audio dimainkan pada jangka masa yang berlebihan pada kelantangan tinggi. HomePod memerlukan sedikit masa untuk mengkalibrasi sensor serta-merta selepas diaktifkan sebelum hasil dipaparkan.