Gunakan kawalan sentuh HomePod
Anda boleh menggunakan kawalan sentuh di bahagian atas HomePod untuk mengaktifkan Siri, melaraskan kelantangan dan banyak lagi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan Siri: Sentuh dan tahan bahagian atas HomePod sehingga anda melihat cahaya berbilang warna, kemudian buat permintaan anda. Apabila anda menggunakan Siri dengan cara ini, anda tidak perlu menyebut “Hai Siri” atau “Siri”.
Laraskan kelantangan semasa main balik: Ketik atau sentuh dan tahan butang tambah (+) atau tolak (–) di bahagian atas HomePod.
Jeda dan sambung main balik: Ketik bahagian atas HomePod untuk jeda main balik. Ketiknya lagi untuk meneruskan main.
Pergi ke trek seterusnya: Dwiketik bahagian atas HomePod untuk melangkau lagu yang sedang bermain.
Kembali ke trek sebelumnya: Ketik tiga kali di bahagian atas HomePod. Kawalan ini hanya berfungsi apabila anda mendengar senarai main atau album.
Matikan penggera: Ketik mana-mana di bahagian atas HomePod.
Guna kawalan sentuh dengan VoiceOver: Seperti pada iPhone dan iPad, kawalan memerlukan ketikan tambahan apabila VoiceOver diaktifkan. Contohnya, ketik dua kali untuk jeda main balik. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan VoiceOver, lihat Tukar seting HomePod.