
Nyahaktifkan Masa Skrin pada Mac anda
Jika anda tidak lagi mahu menjejak penggunaan app dan peranti anda pada Mac, anda boleh menyahaktifkan Aktiviti App & Tapak Web dalam seting Masa Skrin. Anda boleh menyahaktifkannya untuk diri anda atau untuk kanak-kanak yang anda uruskan.
Nyahaktifkan Aktiviti App & Web untuk diri anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih diri anda.
Skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan Aktiviti App & Tapak Web.
Selepas anda menyahaktifkannya, anda tidak lagi boleh menjejak penggunaan app dan peranti, pemberitahuan atau skrin aktif, atau menyediakan masa henti atau had app anda.
Nyahaktifkan Aktiviti App & Web untuk kanak-kanak
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Skrol ke bawah, klik Urus Masa Skrin, kemudian nyahaktifkan Aktiviti App & Tapak Web.
Selepas anda menyahaktifkannya, anda tidak lagi boleh menjejak penggunaan app dan peranti, pemberitahuan atau skrin aktif, atau menyediakan masa henti atau had app anak anda.
Petua: Jika anda tidak lagi mahu mengakses seting Masa Skrin anak anda, nyahaktifkan Perkongsian Keluarga Masa Skrin.