
Cipta dan urus senarai amatan dalam Saham pada Mac
Anda boleh mencipta berbilang senarai amatan untuk mengumpulkan simbol pita yang anda ikuti ke dalam senarai berasingan. Contohnya, anda boleh mencipta senarai amatan untuk kategori seperti saham teknologi, indeks pasaran atau dana bersama.
Senarai amatan lalai dinamakan Simbol Saya dan ia mengandungi semua simbol pita yang anda telah tambah ke sebarang senarai amatan anda. Anda tidak boleh memadamkan senarai Simbol Saya.

Cipta senarai amatan baharu
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik
di bahagian kanan atas bar sisi, kemudian pilih Senarai Amatan Baharu.
Masukkan nama untuk senarai amatan baharu.
Klik Simpan, kemudian cari dan tambah simbol pita baharu ke senarai amatan.
Pilih senarai amatan untuk dipaparkan
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik nama senarai amatan semasa di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih senarai amatan yang anda mahu paparkan dalam bar sisi.
Namakan semula senarai amatan
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik
di bahagian kanan atas bar sisi, kemudian pilih Urus Senarai Amatan.
Pilih senarai amatan yang anda mahu namakan semula, dwiklik nama senarai amatan, masukkan nama baharu, kemudian tekan Return.
Klik Selesai.
Susun semula senarai amatan
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik
di bahagian kanan atas bar sisi, kemudian pilih Urus Senarai Amatan.
Pilih senarai amatan, kemudian seretnya ke lokasi lain.
Klik Selesai.
Padam senarai amatan
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik
di bahagian kanan atas bar sisi, kemudian pilih Urus Senarai Amatan.
Pilih senarai amatan yang anda mahu padam, klik
, kemudian klik Padam.
Klik Selesai.