Gunakan Siri untuk memainkan dan mendengar muzik pada HomePod
Gunakan Siri untuk memainkan perkhidmatan muzik kegemaran anda pada HomePod.
Nota: Beberapa perkhidmatan muzik memerlukan langganan. Beberapa permintaan mungkin tidak berfungsi dengan semua perkhidmatan muzik.
Mainkan muzik pada HomePod
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Mainkan muzik”.
“Saya suka ini” atau “Saya tidak suka muzik ini”.
“Mainkan versi ini”.
“Lagu seterusnya” atau “Trek sebelumnya”.
“Mainkan muzik parti”.
“Mainkan hip-hop dari 1990-an”.
“Mainkan sesuatu yang sangat berbeza”.
“Apakah lagu dengan lirik ‘I once was lost, but now am found’?”
Nota: Carian lirik tidak tersedia dalam semua bahasa.
“Mainkan radio Apple Music 1”.
“Apakah album ini?”
“Bilakah lagu ini dikeluarkan?”
Tambah perkhidmatan muzik pihak ketiga ke HomePod
Apabila anda menambah perkhidmatan muzik yang disokong ke HomePod, anda boleh memainkan muzik daripada app tersebut tanpa perlu menyebut nama app. Beberapa perkhidmatan muzik memerlukan langganan.
Nota: Tidak semua perkhidmatan muzik disokong pada HomePod. Untuk menggunakan Siri bagi memainkan muzik daripada perkhidmatan muzik yang tidak disambungkan, lihat Mainkan audio pada HomePod menggunakan iPhone atau iPad.
Daftar masuk ke app perkhidmatan muzik yang disokong pada iPhone atau iPad anda.
Dalam app perkhidmatan muzik, pergi ke seting app, kemudian tambah perkhidmatan muzik ke HomePod anda.
Pergi ke app Rumah
, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, seting ditunjukkan untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Dalam bahagian Orang, ketik nama anda.
Dalam bahagian Media Disambung, ketik perkhidmatan muzik.
Jika anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan muzik dengan HomePod, anda boleh mengeluarkannya. Dalam app Rumah, ketik , ketik Seting Rumah, kemudian ketik profil pengguna anda. Ketik perkhidmatan muzik, kemudian nyahaktifkan Gunakan dalam Rumah.
Anda juga boleh mengesetkan pengguna akaun yang digunakan apabila suara seseorang tidak dapat dikenal pasti. Dalam app Rumah pada iPhone atau iPad anda, ketik HomePod, ketik , kemudian ketik Pengguna Utama.