Dengar Apple Podcasts dan artikel berita pada HomePod
Gunakan Siri untuk mendengar podcast kegemaran anda, berita dan banyak lagi. Pastikan anda menyediakan pengecaman suara untuk mengakses perkhidmatan anda dan mendapatkan pengesyoran diperibadikan.
Mainkan Apple Podcasts
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Langkau ke depan 30 saat” atau “Undur 10 saat”.
“Langgan podcast ini”.
Apabila episod baharu tersedia, ia akan kelihatan di Dengar dalam app Podcast pada peranti anda.
“Mainkan ini lebih cepat,” “Mainkan ini lebih perlahan,” atau “Mainkan pada kelajuan biasa”.
Dengar berita
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Apakah berita hari ini?”
“Beri saya berita sukan terkini”.
“Mainkan Apple News”.
Nota: Apple News tidak tersedia dalam semua bahasa, negara dan rantau.